Thursday, June 4, 2009

Nana Dj Era Fm

semalam aku on facebook aku dok chat ngan si adi cakap nana nak jual Honda Jazz kesayangan dia tu.. hehehe nak kawen nie tak kan sampai jual kete kot... tak la.. nana nak pakai kete baru la nak jadi isteri orang kate.. kena la transpomasi gak kot cam AF7 tu ha...dengar kate dah oder BWM sport wah gitu..



PENYANYI ARAB KENA RABA






sh ish ish..kesian sungguh..
dah tau pak arab tu nafsu unta..
sapa suruh pakai mcm tu..

Tuesday, June 2, 2009

Siapakah Gerangan Pelakon DiTangkap Khalwat

PETALING JAYA,2/06/09: Biarpun tubuh sekadar berbalut kain langsir, seorang pelakon lelaki drama mistik dan seram sanggup menyabung nyawa dengan menyeberangi balkoni di tingkat lima ke rumah jiran ketika melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Ketika itu, dia cuba ditahan kerana berkhalwat dengan penolong penerbit rancangan itu di sebuah apartmen 10 tingkat, dekat sini, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Pelakon itu dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu.
Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.
Kelmarin, pelakon berusia 20-an terbabit menghubungi tunangnya apabila mengadu sakit kepala.
Simpati dengan rintihan tunangnya itu, wanita beusia 20-an yang juga pernah menjadi pengacara sebuah stesen televisyen, merelakannya datang walaupun sudah awal pagi.
Bagaimanapun, gelagat merpati dua sejoli itu yang mendakwa bakal bernikah tidak lama lagi, akhirnya menimbulkan kemarahan penghuni lain yang menghubungi pihak berkuasa agama.
Aduan yang dibuat lebih daripada sekali itu akhirnya memaksa penguat kuasa Jais menghantar lima anggota melakukan serbuan.
Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu.
Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik.
“Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ.
“Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.
Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.
Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni.
“Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan.
“Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya.
Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi.
Pelakon terbabit turut mendakwa dia pening selepas selesai sesi penggambaran sebelum datang ke rumah tunangnya yang sebelum ini tinggal bersama seorang lagi rakan wanita di apartmen itu.
Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen.
Bagaimanapun, Shahrom berkata, alasan itu tidak diterima kerana ikatan pertunangan bukan tiket untuk melakukan maksiat.
“Yang menyedihkan, pelakon itu yang hanya membalut tubuhnya dengan kain langsir sanggup melompat ke balkoni rumah jiran untuk melarikan diri tanpa mengambil kira keselamatan diri.
“Begitu juga dengan penolong penerbit berkenaan yang berpakaian menjolok mata selain membenarkan tunangnya tidur di rumah itu.
“Kami masih menyiasat sama ada mereka sudah melakukan perkara yang ‘tidak sepatutnya’ kerana seluar dan pakaian lelaki berada dalam bilik tunangnya,” katanya.
Shahrom berkata, Jais membawa mereka pejabat agama untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) a dan b, Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Monday, June 1, 2009

Adila tabah lepas putus tunang


Adila atau Nas Adilla Mohd. Dan kembali aktif menyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia 7 (AF7).
Namun ada harga yang harus dibayarnya sebaik program itu berakhir. Nas kini sudah bebas tanpa ikatan pertunangan.
"Selepas tamat AF7, saya dah buat keputusan untuk memutuskan pertunangan sebab masalah yang kami lalui tidak dapat diselesaikan.
"Memanglah sedih, tapi saya harus lalui kehidupan seperti biasa. Kini saya tidak mahu fikirkan pasal perkara itru sebaliknya mahu tumpu pada kerja," kata Adila.
Namun sehingga saat ini saya masih menyimpan cincin pertunangan yang diberikan dulu. Adila bertunang pada 26 Oktober 2008.
"Saya dan tak pakai lagi cincin itu kerana kami sudah putus tunang. Tunang saya sudah tahu pasal perkara ini, tapi kami belum sempat mengembalikan kerana ada lagi masalah yang timbul," kata Adila.

Adila mengakui isu kononnya tunangnya, Azizul Azri Baharin sebagai kerabat DiRaja dari Kedah antara punca yang membawa kepada timbulnya masalah itu.
"Selepas bertunang, saya malu apabila isu tunang saya kerabat Di Raja dari Kedah timbul. Apatah lagi ia tidak benar.
Ada juga yang mengutuk saya dengan berbagai kejian. Memang malu, tapi saya juga kena jaga air muka banyak pihak termasuk pihak sebelah tunang saya.
"Selepas itulah mula timbul masalah demi masalah. Ada juga rasa tertipu dengan kejadian itu membuatkan kami menyiasat latar belakang tunang saya," kata Adila.
Dia harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik kerana dia tidak mahu perkenalan selama empat tahun itu berakhir dengan perbalahan.

Haiza Mula Pening2



Haiza pening-pening dan tak lekang dengan minyak cap kapak. Ala-ala orang yang baru nak melekat baby gitu.

Haiza mengandung ke? Dia sendiri tak boleh nak mengesahkan sebab belum membuat mengesahkan dengan doktor.

Tapi nampak gayanya dah macam orang yang baru nak mengandung gitu.

Minyak cak kapak tak lekang. Semasa mengikuti rombongan Roadshow Soyo & URTV di Kuching dan Miri, Sarawak baru-baru ini Haiza pening-pening apabila kepenatan dan mengadap meja makan.

"Itu gaya orang nak mengandung," usik rakannya, Azza.

Azza macam tahu pula gaya orang mengandung walaupun dia sendiri tak ada pengalaman hamil.

Panas : Pose Panas Fasha




Masa Depan : Hotel Helikopter