Friday, May 29, 2009

Apa Kes Ustaz Rock....Nyanyi Lagu Apa Skrg..




Akhirnya kantoi! Perhubungan Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda yang digembar-gemburkan media selama ini semakin lama semakin jelas bila Harian Metro hari ini mendedahkan mengenai pengakuan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal. Kata Maizawati, suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah dan Akhil Hayy juga pernah memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan Waheeda!! Berikut kami paparkan keratan dari akhbar Harian Metro hari ini (25 May 2009).

Tahniah Akhil Hayy kerana menjadi pendakwah Islam pertama di Malaysia yang suka mencipta gosip dan fitnah kemudian mengatakan itu satu cabaran sebagai seorang pendakwah. Oh! Kami tak faham.. Sebagai seorang Ustaz, Akhil Hayy sepatutnya menghidari dari difitnah atau digosipkan. Bukan dah sedap-sedap buat, kemudian nak palitkan salah pada muka media dan orang lain. Anda tu selebriti, kalau anda sekadar penyapu sampah MBSA, siapa nak peduli?

Pic Lama : Nor Azlina Redzuan Majalah3





Lisa Surihani





Monday, May 25, 2009

Gambar Kahwin Adlin Dan Emelda






Semalam, majlis resepsi perkahwinan Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila telah diadakan di Dewan Bankuet SUK Perak, Ipoh. Dihadiri tetamu kenamaan seperti seisi keluarga Raja Izzudin Iskandar Shah yang merupakan kerabat diraja Perak, sanak saudara kedua mempelai, kenalan artis dan para media.

Emelda berbaju kurung lengkap berlian Swarowski dan renda Perancis ditambah dengan cucuk sanggul rekaan Emelda sendiri.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu turut diserikan dengan kehadiran para selebriti seperti Chef Wan, Afdlin Shauki, Raja Azmi Raja Sulaiman, Que Haidar, Linda Jasmine, Julie Dahlan, pengarah Saw Teong Hin, koreografer Pat Ibrahim dan pengarah Mamat Khalid.

Sunday, May 24, 2009

usik pun tidak!!!

Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang ' bercekerama '..

Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DI ATAS, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak,
"Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak !!"

Thursday, May 21, 2009

Adik Elyana & Botol Arak Di Malam Muda-Mudi


Muka serupa dengan Elyana, tambahan lagi, beberapa blog gosip lebih pantas mengeluar’kan artikel ini, menguat’kan lagi telahan penulis bahawa gadis di’atas sememang’nya adik kepada Elyana.



Lagak’nya seperti berbangga dapat bergambar di’samping botol arak Heineken, stereotaip sikap seorang remaja yang baru nak ‘up’. Pesanan kepada Elyana, sila tegur & nasihat’kan adik awak. Masih sempat untuk’nya kembali ke jalan yang benar.

Puteri Sarah Liyana-Aktres Aduh Saliha





Fara Fauzana Di London





Teke Teki Bangang

Teka-teki 1:
HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan :
SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING.. HUHUHU. .

Teka-teki 2:
APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG
Jawapan :
SELUAR DALAM LERRR....

Teka-teki 3:
antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi?
Jawapan :
kuih lepat liat la... sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih lepat liat sampai LELANGIT...

Teka-teki 4:
byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan :
kotak penaltilah wawawa....

Teka-teki 5:
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???teka teka kalo terrer...! !
Jawapan :
selipar maner boleh buat gali tanah...... gune cangkol lar huehuehueheu! !

Teka-teki 6:
Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin
nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe....)
Jawapan :
mata lah jawapan nyer...

Teka-teki 7:
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah dia?
Jawapan :
Koboi naik kuda bawa ayam.

Teka-teki 8:
MASA DIA HIDUP KITE NYANYI, MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan :
LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY

Teka-teki 9:
scorpion kaler apa?
Jawapan :
kala jengking la

Teka-teki 10:
dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan :
kerani

Teka-teki 11:
gajah terbang dgn apa?
Jawapan :
terbang dgn susah payahnya

Teka-teki 12:
4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?
Jawapan :
sbab tak hujan

Teka-teki 13:
bukak baju, pakai bedak, apakah ia?
Jawapan :
pisang goreng

Teka-teki 14:
kapal terbang masuk gua, keluar apa?
Jawapan :
keluar paper la.....

Kisah Skirt Ketat

Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip seluar aku tiga kali apasal?"

Skandal Cham VE



Saturday, May 16, 2009

Gambar Dafi AF5



Gambar Sekitar Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru

Kembara Search dalam konsert tour Di Awan Biru yang ditaja oleh Celcom diteruskan dengan gegaran di Johor Bahru pada 9 Mei lalu. Memang gempak dan ternyata konsert dihadiri oleh ribuan peminat kumpulan rock tersohor ini.

Konsert dimulakan seperti biasa dengan Overture Music Montage.

Lagu Paranoid menjadikan penonton terus histeria dan turut sama menyanyi bersama Amy Search. Diikuti dengan lagu Balada Pemuzik Jalanan, Setelah Hujan, Laila Namamu Teratas, Langit & Bumi, Pelesit Kota, Medley #1 – Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu, Diari Habil Qabil, Gothik Malam Edan, Fenomena, Bencana, Isi & Kulit, Melasitk Ke Bintang, Isabella, Fantasia Bulan Madu, Medley #2 – Mat Rock & Pasti, Pawana, Mat Rock. Lagu bonus Songsang, Rozana dan Kejora.




Gambar Diana Danielle Dengan Anak Angkat

Ni Gambar Diana Danielle Dengan Anak Angkat ke Dengan Adik Angkat Dia?

Selamat hari raya korban, my dear. Take care Diana! Kirim salam kat mak awak deh.

Gambar Diana Rafar dan Zamarul Hisyam Kahwin

Dramatis popular Zamarul Hisyam dan Diana Rafar telah selamat disatukan dalam majlis perkahwinan mereka semalam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 10.30 pagi dengan mas kahwin RM165 dan wang hantaran, RM16,500. Tahniah buat kedua-duanya. Semoga bahagia hingga ke hujung hayat.





Wednesday, May 13, 2009

Mawi Dan Ekin Di Kota Kinabalu

Benarkah dakwaan segelintir pihak yang Mawi hanya mengutamakan keluarga sebelah Ekin sahaja?? Malah dakwa mereka lagi, keluarga belah Mawi amat jarang dibawa makan angin seperti keluarga Ekin..!!

Tapi untuk yang mendakwa demikian, pesan myartis: kita harus bersangka baik pada Mawi kerana penghakiman kita tidak boleh berdasarkan pada gambar semata-mata. Mungkin keluarga belah Mawi tidak gemar makan angin atau kesihatan ibunya tidak mengizinkan Mawi berbuat begitu.

Ini kerana, berdasarkan ikatan kekeluargaan Mawi sebelum ini, dia merupakan anak yang amat setia dan menyayangi ibunya. Oleh itu, tidak mungkin Mawi akan berat sebelah sebagaimana yang didakwa kerana 'air yang dicincang tak akan putus'..!!