Friday, May 29, 2009

Apa Kes Ustaz Rock....Nyanyi Lagu Apa Skrg..




Akhirnya kantoi! Perhubungan Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda yang digembar-gemburkan media selama ini semakin lama semakin jelas bila Harian Metro hari ini mendedahkan mengenai pengakuan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal. Kata Maizawati, suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah dan Akhil Hayy juga pernah memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan Waheeda!! Berikut kami paparkan keratan dari akhbar Harian Metro hari ini (25 May 2009).

Tahniah Akhil Hayy kerana menjadi pendakwah Islam pertama di Malaysia yang suka mencipta gosip dan fitnah kemudian mengatakan itu satu cabaran sebagai seorang pendakwah. Oh! Kami tak faham.. Sebagai seorang Ustaz, Akhil Hayy sepatutnya menghidari dari difitnah atau digosipkan. Bukan dah sedap-sedap buat, kemudian nak palitkan salah pada muka media dan orang lain. Anda tu selebriti, kalau anda sekadar penyapu sampah MBSA, siapa nak peduli?

No comments:

Post a Comment