Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) menafikan desas-desus beliau sudah berkahwin dengan aktres Zizie Izette.
Malah beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menegaskan dirinya tidak cukup kacak untuk digandingkan dengan Zizie.
"Saya tidak cukup handsome (kacak) buat dia," katanya ketika dihubungi hari ini.
Desas-desus berita pernikahan antara Bung Moktar dengan Zizie tersebar sejak kelmarin termasuk dipaparkan di dalam beberapa portal berita tanah air.
Wartawan yang membuat liputan di Parlimen hari ini gagal menemui beliau sehingga lewat petang ini bagi mengesahkan spekulasi tersebut.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Zizie, 31, mengakui sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan sedia bergelar isteri.
Bagaimanapun, aktres putih gebu itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang dimaksudkan biarpun timbul spekulasi dia sedang hangat bercinta dengan ahli politik berumur 50 tahun itu.
Menurut Zizie, biarlah masyarakat terus berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai personaliti kekasihnya itu kerana masih belum bersedia untuk mengumumkannya.
"Bukan semua perkara dalam hidup yang boleh kita ambil mudah. Dalam kedudukan sekarang, banyak pertimbangan yang perlu saya ambil sebelum membuat keputusan untuk mengumumkan perkara penting seperti ini (bakal suami)," kata Zizie.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) menafikan desas-desus beliau sudah berkahwin dengan aktres Zizie Izette.
ReplyDeleteMalah beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menegaskan dirinya tidak cukup kacak untuk digandingkan dengan Zizie.
"Saya tidak cukup handsome (kacak) buat dia," katanya ketika dihubungi hari ini.
Desas-desus berita pernikahan antara Bung Moktar dengan Zizie tersebar sejak kelmarin termasuk dipaparkan di dalam beberapa portal berita tanah air.
Wartawan yang membuat liputan di Parlimen hari ini gagal menemui beliau sehingga lewat petang ini bagi mengesahkan spekulasi tersebut.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Zizie, 31, mengakui sudah dilamar oleh seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan sedia bergelar isteri.
Bagaimanapun, aktres putih gebu itu enggan mendedahkan identiti lelaki yang dimaksudkan biarpun timbul spekulasi dia sedang hangat bercinta dengan ahli politik berumur 50 tahun itu.
Menurut Zizie, biarlah masyarakat terus berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai personaliti kekasihnya itu kerana masih belum bersedia untuk mengumumkannya.
"Bukan semua perkara dalam hidup yang boleh kita ambil mudah. Dalam kedudukan sekarang, banyak pertimbangan yang perlu saya ambil sebelum membuat keputusan untuk mengumumkan perkara penting seperti ini (bakal suami)," kata Zizie.
BETUL KE NIH??!!