Saturday, July 25, 2009

Inilah Ayu Raudah




Gambar Akma Hisyam Seksi






Kenal lagi pelakon seksi, Akma Hisyam? ala pelakon drama “Di Bawah Ketiak Isteri” yang main di Astro tue, antara pelakon lain nya, Dynas, Leez AF5, Radhi Khalid, Bob Ahmal,Zizan dan Harun Salim Banchik. Kalau tak tahu lagi, u'all boleh pergilah menontonnya (channel? xtaw pla penulis). Akma Hisyam muncul dengan gaya seksinya apabila disuruh menjadi model untuk beberapa buah majalah hiburan. Seksi tue bukan apa, memang dah jadi trend segelintir kaum bernama wanita yang ingin sentiasa mendapat perhatian. Namun aksi Akma Hisyam ni macam terlebih sudah kot. Hehe.


Friday, July 24, 2009

Norman KRU Mau Kahwin Bulan Ogos Ni..


Akhirnya. Akhirnya. Ada juga kisah yang selebriti berstatus bujang terlajak ini akan berkahwin. Zaman sekarang bujang terlajak perkara biasa ‘kan?

Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Norman KRU kini sedang hangat di’lamun cinta dengan rakan sekerja sendiri.

Shireen Hashim merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), KRU International yang bertanggungjawab terhadap urusan perniagaan untuk pasaran antarabangsa.

Menurut pekerja Norman KRU, Norman selalu di’katakan memanggil Shireen dengan panggilan sayang ketika di’pejabat.

Satu majlis ikatan suci akan di’adakan dalam waktu terdekat. Cuma majlis apa itu belum pasti — bertunang atau bernikah.

Bagus juga ya Norman KRU sudah ada calon begini. Cepat-cepatlah kahwin. Tinggal berapa tahun sahaja lagi sebelum umur cecah 40 tahun.

Gambar Mawi Bogel


KUALA LUMPUR: “Sebagai artis, penyebaran gambar itu memang mengaibkan,” kata Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 28, berhubung gambar bogel disebarkan di Internet yang didakwa penyanyi bergelar Raja SMS itu.

Menurut Mawi, dia dimaklumkan rakan gambar berkenaan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sejak dua tahun lalu.

“Saya mengetahuinya menerusi seorang kawan dan saya ketawa besar ketika melihat gambar berkenaan. Memang isu gambar ini pernah diperkatakan sekitar dua tahun lalu. Begitupun, tiada siapa daripada pihak media bertanya kepada saya mengenainya.
“Kalau dilihat dengan teliti, gambar berkenaan langsung tidak menyamai susuk badan saya. Ternyata ia satu teknik superimpose (pertindihan imej) dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu memaklumkan, sebagai artis, dia sentiasa menjaga tingkah laku dan tidak mahu langsung dikaitkan dengan pelakuan negatif seperti itu.

“Mereka yang melakukan perkara ini seolah-olah tidak mempunyai kerja lain. Saya sendiri tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Memang sukar membendung perkara seperti ini. Apatah lagi, apabila membabitkan teknologi,” katanya.

Biarpun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan, Mawi percaya sokongan peminat dan ahli keluarga kepadanya tetap tidak berbelah bahagi.

Mawi juga lebih selesa berbicara dan memberi tumpuan kepada perjalanan operasi syarikat miliknya, MW Entertaiment Sdn Bhd yang sehingga kini sudah menghasilkan beberapa program televisyen, antaranya telemovie untuk hari raya, Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya yang turut menampilkan lakonannya bersama isteri, Nor Asikin atau Ekin.

Di samping itu, dia baru saja memulakan rakaman program televisyen iaitu Langkah Mawi memasuki musim kedua yang menjalani penggambaran di Melbourne, Australia.

Mawi berkata, jika tiada aral dia dijangka berpuasa di Sri Langka atau India pada Ramadan ini.

(GAMBAR)Honeymoon @ Bulan Madu Bunga Citra Lestari








Gambar Terbaru Sabree Fadzil

Kepada peminat² Mohd Taib @ Sabri Bin Fadzim atau Sabree Fadzil, inilah gambar terbaru beliau. Kalu dulu masa tahun 80-an, memang top lah beliau sebagai pelakon. Biasanya pengarah mengambilnya berlakon sebagai hero.


Sam Bunkface nafi cium Juliana, cuma ambil bau


Vokalis kumpulan indie kesal gambar mesra bersama kekasih jadi isu di internet

ANTARA pasangan artis remaja yang sedang hangat bercinta ketika ini ialah vokalis utama kumpulan Bunkface, Sam dengan aktres dan pengacara jelita, Juliana Evans, 20. Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 22, ketika dihubungi Selasa lalu, mengakui dia serius berkawan atau menjalin hubungan cinta bersama Juliana kira-kira dua bulan lalu.