KUALA LUMPUR: “Sebagai artis, penyebaran gambar itu memang mengaibkan,” kata Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 28, berhubung gambar bogel disebarkan di Internet yang didakwa penyanyi bergelar Raja SMS itu.
Menurut Mawi, dia dimaklumkan rakan gambar berkenaan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sejak dua tahun lalu.
“Saya mengetahuinya menerusi seorang kawan dan saya ketawa besar ketika melihat gambar berkenaan. Memang isu gambar ini pernah diperkatakan sekitar dua tahun lalu. Begitupun, tiada siapa daripada pihak media bertanya kepada saya mengenainya.
“Kalau dilihat dengan teliti, gambar berkenaan langsung tidak menyamai susuk badan saya. Ternyata ia satu teknik superimpose (pertindihan imej) dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu memaklumkan, sebagai artis, dia sentiasa menjaga tingkah laku dan tidak mahu langsung dikaitkan dengan pelakuan negatif seperti itu.
“Mereka yang melakukan perkara ini seolah-olah tidak mempunyai kerja lain. Saya sendiri tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Memang sukar membendung perkara seperti ini. Apatah lagi, apabila membabitkan teknologi,” katanya.
Biarpun ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan, Mawi percaya sokongan peminat dan ahli keluarga kepadanya tetap tidak berbelah bahagi.
Mawi juga lebih selesa berbicara dan memberi tumpuan kepada perjalanan operasi syarikat miliknya, MW Entertaiment Sdn Bhd yang sehingga kini sudah menghasilkan beberapa program televisyen, antaranya telemovie untuk hari raya, Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya yang turut menampilkan lakonannya bersama isteri, Nor Asikin atau Ekin.
Di samping itu, dia baru saja memulakan rakaman program televisyen iaitu Langkah Mawi memasuki musim kedua yang menjalani penggambaran di Melbourne, Australia.
Mawi berkata, jika tiada aral dia dijangka berpuasa di Sri Langka atau India pada Ramadan ini.
hahaha....
ReplyDeletehebat nye tubuh mawi.
berbulu mcm kingkong..