Monday, August 10, 2009

Aleeya riang di konti radio



Wah! Engku Aleesya dan semakin besar dan comel. Inilah gambar baru Aleesya semasa dibawa ke konti radio Suria FM. Stesen radio tempat bapanya Engku Emran bekerja sebab bapanya CEO di stesen itu.

Bukan saja-saja dibawa melawat konti sebaliknya tiga beranak itu ke udara dalam satu rancangan khas dan eksklusif Erra bersama anaknya di konti radio pagi ini bersama pengacara meletup Tuan dan Zizi.

bukan main riang lagi Aleesya apabila dibawa ke konti, maklumlan itulah dunia ibu dan bapanya. Bapa menguruskan radio dan suara ibu pula diperdengarkan di corong radio.

Chelsea Juara Piala Perisai Komuniti 2009/2010


WEMBLEY, England - Chelsea merangkul kejuaraan pembuka tirai bola sepak England, Perisai Komuniti selepas menundukkan Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 apabila masa penuh berakhir seri 2-2, semalam.

Ia merupakan kemenangan bermakna buat pengurus baru mereka, Carlo Ancelotti yang membimbing pasukan Blues itu dalam perlawanan kompetitif pertamanya.

Perlawanan tradisi itu juga sekali gus membuka tirai musim baru England, namun ia berlangsung agak panas, terutama selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Nani meletakkan United di depan hanya 10 minit selepas perlawanan bermula, manakala Ricardo Carvalho menyamakan kedudukan pada minit ke-52.

Ketika kedudukan terikat 1-1, pemain United, Patrice Evra terbaring di atas padang selepas dikasari Michael Ballack, dan ketika itu pemain tengah Chelsea, Frank Lampard merembat bola untuk kedudukan 2-1.

Jaringan tersebut mencetus kemarahan pemain-pemain United, namun pada ketika permainan hampir ditamatkan, Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan 2-2, biarpun ulang tayang televisyen menunjukkan dia berada pada posisi ofsaid.

Bayangan awal kekalahan United muncul selepas sepakan penalti pertama yang diambil Ryan Giggs diselamatkan penjaga gol, Peter Cech, yang turut mudah menepis sepakan lemah Evra.

Chelsea mengesahkan kemenangan mereka menerusi sepakan terakhir yang disempurnakan oleh Salomon Kalou. - AP

Saturday, August 8, 2009

Norman dan Shireen, sah suami isteri

Alhamdulillah, akhirnya Norman KRU dan Shireen sah menjadi suami isteri. Berita mengenai perkahwinan mereka baru-baru ini menjadi tanda tanya samaada jadi atau tidak, dan akhirnya terbukti soal perkahwinan bukan main-main bagi mereka. Kami mewakili seluruh pembaca website hiburan Oh! Artis ini mengucapkan selamat pengantin baru buat Norman dan Shireen. Akhirnya kahwin juga Abang Norman kita ni. Hurm, Shireen nampak lain. Betul-betul naik seri pengantin dia. Marvelous.
Dengan sekali lafaz, Norman Abd Halim,37, sah menjadi suami kepada Shireen Mardziah Hashim, 44. Jurang umur tujuh tahun bukanlah penghalang untuk mengikat kasih apabila hati sudah terpaut.

“Kematangan Shireen menangani masalah dan tak banyak bagi gangguan membuatkan hati saya nekad memilihnya sebagai isteri.”

“Sebenarnya kami merancang untuk berkahwin sejak lapan bulan lepas namun tak jumpa tarikh yang sesuai. Saya memang saja memilih angka menaik seperti 07.08.09 dan kebetulan tarikh ini jatuh pada hari Jumaat,” kata Norman sambil mengukir senyuman.

Mengikut perancangan, pasangan ini ingin mengadakan majlis pernikahan di Australia berikutan dengan suasananya yang aman dan tenang tanpa gangguan, namun memikirkan sanak saudara dan sahabat di Malaysia, mereka akur untuk bernikah di Kuala Lumpur.

“Norman ikhlas dan memahami saya” jelas Shireen ringkas mengenai suaminya itu dan lebih banyak tersenyum sepanjang sesi temuramah. Shireen dilahirkan di England dan banyak menghabiskan masa di luar negara sejak kecil.




Wednesday, August 5, 2009

(GAMBAR) Panas Tiz Zaqyah pelakon Nur Kasih, bersosial sakang

Mungkin tidak perlu kami perkenalkan siapa dia gadis comel bertudung di atas. Apa tidaknya wajahnya kini dikenali satu Malaysia selepas membintangi drama arahan Kabir Bhatia iaitu Nur Kasih yang bersiaran di TV3. Tiz Zaqyah membawa watak Nur Amina. Sebelum ini, gadis berusia 21 Tahun ini (lahir pada 1988) pernah muncul dalam beberapa drama seperti Gol & Gincu, Impian Illyan, Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih.
Dan berikut kami kongsikan gambar ketika Tiz Zaqyah bersama teman. Sejauh mana tahap sosial’nya itu, tanya pada dia sendiri. Cuma apa yang kami nampak, air-air yang terhidang dalam gambar tersebut, terang-terangan adalah air kencing syaitan. Harap-harap Tiz Zaqyah tak join sekaki la.



Fizow Nakal Bergambar Dengan Si Jelita





(GAMBAR)Sharifah Jasmine Soraya, Peserta Gadis Melayu Musim Ke 2

Gadis Melayu sejati tue beb. Memahami dan mempratikkan budaya Melayu lagi tue. Memang sesuai untuk dibuat calon isteri nie. Kalau mak anda dapat menantu macam nie, mesti dia cakap berbaloi-baloi macam video iklan Celcom si Fahrin dan Scha.

Sebagai bukti betapa gadis Melayunya si Sharifah Jasmine Soraya nie, kami paparkan kepada anda beberapa keping gambar Sharifah Jasmine Soraya nie. Memang terserlah betapa dia mengamalkan gaya hidup seorang gadis Melayu asli. Susah nak carik awek Melayu macam dia sekarang nie.

Ini part pertama gambar-gambar dia. Tunggu esok pagi kitorang letak part kedua pulak. Semua gambar nie kitorang dapat daripada email. Terima kasih kepada penghantar email tersebut. Lagi gambar Sharifah Jasmine Soraya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.




Gambar Kahwin Noniswara