Saturday, August 8, 2009

Norman dan Shireen, sah suami isteri

Alhamdulillah, akhirnya Norman KRU dan Shireen sah menjadi suami isteri. Berita mengenai perkahwinan mereka baru-baru ini menjadi tanda tanya samaada jadi atau tidak, dan akhirnya terbukti soal perkahwinan bukan main-main bagi mereka. Kami mewakili seluruh pembaca website hiburan Oh! Artis ini mengucapkan selamat pengantin baru buat Norman dan Shireen. Akhirnya kahwin juga Abang Norman kita ni. Hurm, Shireen nampak lain. Betul-betul naik seri pengantin dia. Marvelous.
Dengan sekali lafaz, Norman Abd Halim,37, sah menjadi suami kepada Shireen Mardziah Hashim, 44. Jurang umur tujuh tahun bukanlah penghalang untuk mengikat kasih apabila hati sudah terpaut.

“Kematangan Shireen menangani masalah dan tak banyak bagi gangguan membuatkan hati saya nekad memilihnya sebagai isteri.”

“Sebenarnya kami merancang untuk berkahwin sejak lapan bulan lepas namun tak jumpa tarikh yang sesuai. Saya memang saja memilih angka menaik seperti 07.08.09 dan kebetulan tarikh ini jatuh pada hari Jumaat,” kata Norman sambil mengukir senyuman.

Mengikut perancangan, pasangan ini ingin mengadakan majlis pernikahan di Australia berikutan dengan suasananya yang aman dan tenang tanpa gangguan, namun memikirkan sanak saudara dan sahabat di Malaysia, mereka akur untuk bernikah di Kuala Lumpur.

“Norman ikhlas dan memahami saya” jelas Shireen ringkas mengenai suaminya itu dan lebih banyak tersenyum sepanjang sesi temuramah. Shireen dilahirkan di England dan banyak menghabiskan masa di luar negara sejak kecil.




No comments:

Post a Comment