Tuesday, August 25, 2009

Kejahilan Negara : Jabatan Penjara tiada kepakaran sebat Kartika



PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengakui Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakan keputusan sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnho kerana kesalahan meminum arak.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di sini, Hishammuddin berkata pelaksanaan hukuman sebat itu akan dijalankan sebaik kakitangan Jabatan Penjara mempunyai kepakaran berbuat demikian.

Kartika Sari dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

emalam, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari yang sepatutnya dengan alasan sebagai menghormati Ramadan.

No comments:

Post a Comment