Sunday, August 30, 2009

Sardin hidangan sahur Mawi & Ekin


Hari ini sudah sembilan hari umat Islam meraikan Ramadan, bulan suci yang menuntut setiap daripada kita mempertingkatkan amalan.

Bagi mereka yang baru berumahtangga, tentunya Ramadan amat bermakna kerana dapat merasai pengalaman yang berbeza berbanding hari-hari sebelumnya.

Bagi Mawi, 28, dan Ekin, 30, menyambut Ramadan pertama kali sebagai suami isteri ada keseronokannya.

Manakan tidak, kalau dahulu semua yang dilakukan untuk kepentingan diri sahaja tetapi kali ini semuanya perlu difikirkan bersama.

Cuma pada kali ini mereka meraikan hari mulia dengan cara yang berbeza kerana berbuka puasa dan bersahur ditempat orang.

Beberapa hari sebelum Ramadan menjelang, Mawi dan Ekin telah berlepas ke Colombo, Sri Lanka untuk menjayakan program Langkah Mawi terbitan Astro.

Di negara itu Ekin dan Mawi terpaksa melupakan juadah-juadah istimewa yang biasanya dijual di pasar Ramadan.

Bukan mahu memperlekehkan negara orang tetapi akui mereka, segalanya lebih indah di negara sendiri.

Juadah berbuka puasa di Sri Langka amat berbeza. Tiada kuih-muih seperti di tempat kita.

Yang ada kebanyakan makanan berasaskan kari dan rempah ratus yang kadang-kadang sukar untuk ditelan. Yalah... makanan tempat orang.

"Kami berbuka puasa di hotel tetapi makanannya tidak seenak di tempat kita. Nak telan pun kadang-kadang susah. Yalah... semuanya bau rempah ratus yang kuat.

"Tapi tak apalah... semua itu pengalaman berharga pertama kali berpuasa ditempat orang," kata Ekin yang mengalami keracunan makanan ketika di negara itu.

Dan ketika pulang ke tanah air pada 26 Ogos lalu, barulah mereka dapat merasai nikmat berbuka puasa di tempat sendiri sepenuhnya.

Cuma jelas Ekin, dia masih belum sempat untuk merasai bagaimana berbuka puasa di rumah berdua kerana masing-masing sibuk dengan menghadiri undangan majlis-majlis berbuka.

Dan Ekin sendiri pun mengaku dia teringin untuk mencuba air tangannya dalam menyediakan juadah berbuka untuk suami tersayang.

Janjinya, apabila ada masa yang sesuai, mungkin Mawi dapat merasainya juga.

Menurutnya Mawi tidak cerewet macam sesetengah orang.

Hari pertama bersahur selepas pulang dari luar negara, Ekin hanya sempat memasak sardin, macam kehidupan orang bujang.

Menurut Ekin, Mawi tidak merungut sebaliknya berkata ikan sardin pun sedap untuk dijadikan hidangan bersahur. Lagipun bersahur bukannya perlu makan banyak. Cukup sahaja mengambil keberkatannya.

"Bukan Ekin tak boleh masak makanan lain tapi hari pertama bersahur di rumah kami tu, ikan sardin sahaja yang senang dimasak. Mawi pun tak kisah. Tapi kalau makan hari-hari pun tak boleh juga, muak pula," katanya.

Lapan bulan mendirikan rumah tangga, tentu sahaja mereka seperti pasangan lain yang mengimpikan untuk menimang cahayamata.

merancangTetapi rezeki itu adalah kuasa Allah. Mereka hanya mampu merancang tetapi Tuhan akan menentukan segala-galanya.

Kata Ekin dia memang sudah bersedia untuk mempunyai anak sendiri tetapi apa nak buat, perutnya masih belum lagi berisi.

Bersyukur mendapat suami seperti Mawi yang tak habis-habis meminta dia bersabar terhadap perkara itu.

"Mawi rileks sahaja. Dia kata sabar sajalah. Jangan nak fikir sangat pasal anak. Kalau ada rezeki tu ada la," katanya.

Istimewanya pada tahun ini bukan sahaja bergelar suami isteri buat pertama kalinya tetapi mereka turut berlakon bersama untuk rancangan Hari Raya berjudul Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya.

Ekin juga sudah sibuk dengan perniagaan kain tudung dan jubah di butiknya, ME World Collection yang terletak di Danga Bay, Johor Bahru.

Selain menjual pakaian, butik tersebut turut menjual hamper-hamper untuk dijadikan hadiah sempena Ramadan dan Hari Raya.

Gembira dengan perniagaan itu, buat masa ini bisnes berkenaan sukses dan akan diperluaskan pula di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Pada mulanya mereka merancang untuk membuka cawangan butik berkenaan sebelum Ramadan ini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana memberi laluan terhadap kerja-kerja pengubahsuaian studio milik Mawi.

Nora Danish yang bertuah


30/08/2009,LEMBUT sikap dan sifat namun dalam kelembutan itu ada kekuatan dan ketabahan yang tidak ternilai untuk terus mengharungi cabaran kehidupan. Masakan tidak, baru menginjak usia 27 tahun Mac lalu, kini di bahunya sudah terbeban satu tanggungjawab besar - sebagai seorang ibu tunggal.

Nora Mohd. Danish Hanif atau lebih dikenali dengan panggilan Nora Danish mengakui, lembut tutur kata dan sopan santun tingkahnya tidak pernah menjadikan dia seorang yang lemah.

Jauh sekali untuk berasa gentar meneruskan kehidupan sendirian selepas bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, anak sulung bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Malah saat sedih dan kecewa mengharungi perceraian, kedua-dua belah keluarga tanpa lelah dan lesu terus membantu memberi nasihat dan menaikkan semangat.

Keluarga mertua sehingga hari ini begitu prihatin dengan dirinya dan terus menyayangi Nora seperti anak mereka sendiri. Keluarganya sendiri begitu memberi sokongan dan amat mengambil berat perihal suka duka yang dilalui.

"Memang saya bertuah." Demikian kata Nora mengenai kehidupannya. Dan tambahnya, selain keluarga, teman-teman rapat juga banyak memberi semangat.

Nora juga tidak ketinggalan mengungkapkan rasa terima kasih kepada pihak media kerana memberinya ruang dan peluang untuk tidak diganggu selepas bercerai kerana mahu menumpukan perhatian kepada dirinya yang sedang hamil.

"Media bukan sahaja memahami keadaan tapi mereka juga menghormati permintaan saya dan tidak memberi tekanan," jelasnya.

Pun begitu, Nora sendiri merupakan seorang wanita muda yang amat optimis menjadikan dirinya kuat menghadapi segala dugaan.

Baginya zaman untuk bersedu sedan sudah berlalu. Kini baginya adalah zaman untuk bangkit semula.

"Saya tidak pernah sedih dengan kehidupan yang saya jalani hari ini. Malah saya bersyukur kerana ia semakin membahagiakan.

"Malah saya lebih mensyukuri nikmat yang saya perolehi kerana saya masih menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga mertua dan bekas suami dan bekas suami juga tetap menjalankan tanggungjawab (menjaga anak) dengan baik," jelasnya.

Malah menurut Nora, kelahiran anaknya, Putera Rayqal Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Rayqal pada 7 Januari lalu membalut segala kesan-kesan luka di hati. Ya, Rayqal memulihkan kembali hati dan perasaan saya," katanya sambil melihat anaknya yang semakin keletah dan sudah pandai berjalan jatuh.

Menjadi seorang yang lebih tabah, pengalaman mendirikan rumah tangga dan melalui perceraian yang mendukacitakan memberi banyak hikmah dan pengajaran buat dirinya.

Tidak pernah berdendam malah kata Nora, pengalaman-pengalaman yang dilalui itu memberikan kematangan.

Untuk menjadi orang yang lebih baik, kata Nora. Dan Nora menjadikan ibunya, Sally Talib, juga seorang ibu tunggal yang kematian suami sebagai mentor dan pembakar semangatnya untuk terus berjuang dengan kehidupan.

l Sedia temui pengganti

Berkahwin dan bercerai, bahagia dan sengsara, sudah dirasai dan sebagai wanita yang matang dan positif terhadap kehidupannya, Nora memberitahu tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi.

Malah Nora tidak menolak andai ada lelaki yang mahu mencuri hatinya kerana bagi Nora, dia perlu memberi ruang dan peluang kepada dirinya untuk mengecapi bahagia bersama insan bernama lelaki.

Namun tegasnya, pengalaman silam akan dijadikan benteng untuk menempuhi kehidupan baru bersama pilihan hati. Pun begitu, Nora memberitahu, ketika ini hatinya masih belum terisi dan dia juga menegaskan tidak mahu terlalu cepat untuk mencari pengganti.

"Teman istimewa itu ramai dan mereka ini adalah teman-teman baik lelaki mahupun perempuan yang rapat dengan saya. Tetapi lelaki istimewa masih belum ada," katanya sambil ketawa.

Ini kerana tegas Nora, buat masa ini, dia mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak kesayangannya dan meningkatkan kerjaya dalam bidang seni yang diminatinya.

Saturday, August 29, 2009

Aida Rahim sahkan nikah selepas 7 tahun pkahwinan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Perseketuan hari ini mengesahkan pernikahannya Aktres Aida Radzwill atau nama sebenarnya Khalidah Adibah Ahmad dengan penyanyi dan pelakon Joe Radzwill, setelah tujuh tahun berkahwin.

Pengesahan itu dilakukan oleh Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid selepas memutuskan pernikahan kedua pasangan tersebut adalah sah menurut hukum syarak.

Selepas mendapat surat pengesahan ini, pasangan itu diminta untuk mendaftarkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurut peguam syarie, Nahar Alias, pihak JAWI akan menyiasat kes ini dan selepas itu mahkamah akan menentukan denda terhadap pasangan ini.

"Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM1000 atau penjara kerana poligami dan bernikah tanpa kebenaran," kata Nahar.

Joe dan Aida bernikah di Yala, Thailand pada 6 November 2002 oleh wali hakim merangkap ahli jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Yala, Thailand, Othman Daramah dengan dua saksi warganegara Thailand, Abdul Aziz Ahmad dan Othman Ibrahim.

Sewaktu pernikahan itu, Aida berstatus janda manakala Joe masih beristeri. Namun pada November 2002, Joe telah menceraikan isterinya itu.

Joe Radzwill bercerai dengan isteri pertamanya, Rozita Ramli pada 6 Mac 2003.

Hasil perkongsian hidup dengan perkahwinan pertamanya itu, mereka telah dikurniakan dua orang anak.

Kedua-dua pasangan hadir bersama dengan memakai pakaian yang sedondon semasa perbicaraan tersebut.

Ketika ditanya mengenai mengenai sebab kelewatan mendaftarkan pernikahan tersebut, kata Aida:

"Biasalah...saya ada masalah lain, selalunya saya sibuk dan memang tak sempat, kadang-kadang tak ingat dan leka.

"Tapi yang penting pernikahan saya dengan Joe sudah disahkan," katanya.

Sementara itu menurut Joe pula, selain tidak mempunyai masa yang sesuai, masalah penceraiannya dengan isteri pertamanya juga menjadi punca kelewatan pendaftaran pernikahan mereka.

"Susah untuk mencari masa yang sesuai, hari yang saya tidak sibuk, Aida pula sibuk.

"Penceraian saya degan isteri yang pertama pun memang menyebabkan kelewatan untuk mendaftar pernikahan saya dengan Aida," kata Joe.

Menurut Nahar, pasangan tersebut memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengesahan pernikahan mereka pada 27 Julai 2009.

Pasangan ini pernah ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam pada 1 Disember 2002 kerana disyaki berkhalwat di sebuah kondominium di Damansara Kiara.

Ashraf Sinclair Terlibat Kemalangan


Ashraf Sinclair aka husband BCL kemalangan ..Kereta Toyota Harrier dia di langgar dari arah kanan oleh sebuah teksi dan terus terbalik..

Kalau dilihat dari condition Harrier dia memang kemek teruk and cermin depan retak seribu but dengan kuasa Allah, Ashraf hanya luka sikit di lutut dan peha. Luka pun sebab kena kaca cermin tingkap. Dia orang semua kata keajaiban bulan Ramadhan. Mungkin ini adalah salah satu hidayah dari Allah untuk Ashraf untuk mengubah kehidupannya. itu pun jika Ashraf sendiri memahami hikmah disebalik sesuatu yang terjadi..

(TERBARU)Siti Nordiana Failkan Penceraian


Kenal tak korang ngan Siti Nordiana nie? Ala dia nie yang femes ngan Achik Spin tue dulu. Nana Achik Spin. Yang nyanyi lagu bola-bola api tue. Ingat tak? Ha, ceritanya ialah khabarnya Nana dah mintak cerai ngan suaminya si Faizal tue. Mula-mula suaminya si Faizal jatuhkan talak pastue sekarang nie dalam proses mahkamah nak confirmkan penceraian.

Sedih kami dengar bulan puasa nie artis bercerai. Tak apalah. Kalau dah tak ada jodoh nak buat macam mana kan? Tapi kesian kat anak Nana ngan Faizal nie. Nanti mesti anak yang jadi mangsa. Harap-harap dapatlah buat keputusan yang terbaik untuk anak mereka. Mak bapak dah besar tak apa, impak penceraian nie kat anak-anak yang kuat.

(TERBARU)Ain, Kembar Ekin Bakal Kahwini Duda Anak 3



Lantak la orang nak kata apa. Pedulik apa aku. Duda anak 3 pun duda anak 3 la. Yang penting aku kawin jugak. Siap dapat pakej anak 3 terus tue. Bukan senang tau. Jangan jeles
Mungkin itulah yang bermain di fikiran Ain @ Aenn, kembarnya si Ekin. Berita terbaru yang kami terima, Ain akan berkahwin dengan seorang duda anak 3. Bakal suaminya orang Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan. Kira jenis orang-orang berharta jugaklah nie kot.

Kata Ain, dia dan bakal suaminya itu (nama dirahsiakan) mempunyai banyak persamaan. Mungkin tak sama dari segi umur tapi dari segi perangai dan tingkah laku lebih kurang la kot. Tue yang Ain tak kisah pun berkahwin dengan duda. Yang penting serasi dan bila bersama orang tersayang terasa bahagia. Tak gitu Ain?

Apa-apa pun tahniah dari kami JiwaKacau kepada Ain kerana bakal menamatkan zaman daranya tak lama lagi. Semoga berbahagia di samping bakal suami yang tercinta dan anak-anak 3 orang tue. Kalau baik hati, jemputlah kitorang nie.

Wednesday, August 26, 2009

40 Lelaki Yg Tak Sesuai Bergelar Suami

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam-macam. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap-tiap malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa-rupanya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai-pandailah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai-pandailah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak-anak.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1- 10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam-macam jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa-rupanya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata-rata tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawan.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula-mula cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh-puluh ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak-anak.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding-bandingkan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan-kawan macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan-kawan apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...