Johan yang bakatnya dicungkil daripada program Gelanggang Raja Lawak bersama pasangannya pelakon TV, Ozlyn Wati nampaknya terus menjadi bahan bualan ramai. Kedua-duanya didakwa melakukan 'aksi berani' mati seperti bercumbu, suap menyuap dan berpeluk sakan di khalayak ramai walhal antara mereka masih belum ada ikatan yang sah.
Terbaru, beberapa akhbar arus perdana turut mengkritik perbuatan Johan dan Ozlyn yang dilihat kurang manis kerana secara tidak langsung memberi persepsi buruk terhadap golongan artis.
Sudahlah macam belangkas, ke mana pergi asyik bersama, ditambah pula gemar membuat 'wayang percuma', pastinya ia menimbulkan perasaan meluat bagi mereka yang menyaksikannya.
Menurut cerita yang kini tersebar luas, kelakuan sumbang mereka ini dilihat pada dua acara iaitu pada Gelanggang Akhir Raja Lawak musim ketiga baru-baru serta sebuah majlis amal. Merpati dua sejoli ini didakwa bersikap selamba dan tenggelam dengan dunia mereka walaupun ketika itu banyak mata yang memandang.
Hip mendapatkan maklum balas daripada Johan. "Bukan untuk menegakkan benang basah atau cuba mencari publisiti murah," jelas Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohammad Aziz yang pada masa ditemani kekasihnya, Ozlyn di sebelah turut berkata mereka mempunyai alasan kukuh di sebalik peristiwa yang berlaku itu.
No comments:
Post a Comment