Tuesday, March 17, 2009

Artis Yang Berkedut Tak Sedar Diri


HANYA kerana mahu menepati kod pakaian - street chic - untuk menghadiri majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002 di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 13 Oktober 2002, Norlia Ghani dikritik hebat peminatnya kerana berpakaian seksi.

Norlia yang terpilih sebagai Pelakon Komedi Wanita Popular ketika itu menggayakan blaus hitam tangan kembang dan skirt pendek terbelah di paha yang dianggap peminat tidak sesuai dipakai seorang pelakon veteran sepertinya. Bagaimanapun, beliau yang mula dikenali menerusi drama bersiri, Opah, tidak mudah melatah dengan kritikan itu, malah turut tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi skrit pendek `berani mati� yang membabitkannya.

�Sebenarnya, saya sudah menyediakan baju lain ala-ala `Mexican Rosalinda� untuk ABPBH 2002. Namun, Sheila (Rusly) cakap baju itu tidak cukup ranggi. Saya pun tukarlah dengan baju lain (skrit pendek). Itulah baju yang saya pakai hari-hari. Dekat 10 kali juga saya bertanya pada dia (Sheila) sama ada sesuai atau tidak baju itu. Dia kata ok, malah anak-anak dan teman-teman pun kata ok. Namun, bila turun untuk menyertai perarakan, saya tergamam sekejap melihat ramai artis lain jadi Cinderella. Saya pun tidak sempat untuk tukar baju,� katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan sesiapa mengenai penampilan dirinya pada majlis kemuncak itu hingga menimbulkan rasa kurang senang kepada beberapa pihak, termasuk peminatnya hingga mencetuskan kontroversi.

�Saya akui memang penampilan saya pada petang itu cukup ketara. Maklumlah, saya seorang saja yang pakai skirt pendek, lebih-lebih lagi saya seorang saja calon yang terlebih umur. Apa boleh buat, benda sudah jadi. Bagi sesiapa yang menegur, saya tidak berkecil hati, malah mengambil iktibar daripada insiden itu. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya orang prihatin juga dengan apa yang saya pakai. Jika kita silap, kita harus mengakui kesilapan itu. Saya tidak pernah malu mengakui kesilapan saya,� katanya.

Namun, Norlia mengakui berasa malu disindir peminatnya tetapi tidak sampai hingga ke peringkat menjatuhkan semangatnya.

No comments:

Post a Comment