Saturday, April 11, 2009

Malam pertama

Malam pertama pasangan muda yang sama-sama masih perawan akhirnya
menikah. Masing-masing gugup ketika menghadapi malam pertama, namun tidak ada yang mau mengaku atau bertanya kepada pasangannya tentang apa yang harus dilakukan.

Didera kebingungan, si pengantin lelaki bertanya kepada ayahnya.

"Ayah, apa yang harus saya lakukan?"
"Telanjanglah dan naik ke tempat tidur", jawab ayahnya.

Kemudian ia melakukan apa yang disarankan ayahnya.
Si pengantin perempuan terperanjat setengah mati melihat kelakuan suaminya, ia kemudian bertanya kepada ibunya.

"Telanjanglah dan ikutlah suamimu", saran ibunya.

Setelah perempuan itu telanjang dan berbaring beberapa lama, si pengantin lelaki pergi ke luar bilik dan bertanya lagi kepada ayahnya,

"Apa lagi yang harus saya lakukan?" lalu ayahnya menjawab,"Lihatlah tubuh isterimu. Kemudian masukkan bahagian tubuhmu yang paling keras ke tempat isterimu kencing!"

Beberapa saat kemudian, giliran si pengantin perempuan bertanya kepada ibunya.

"Apa yang harus saya lakukan?"
Ibunya balik bertanya, "Apa yang sedang dilakukan suamimu?"

Setengah mengeluh si pengantin perempuan berkata,
"Ia sedang membenamkan kepalanya ke dalam mangkuk tandas!"

Keluhan Suami Isteri

keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..

Hebat Sophia Suraya

Seorang gadis bernama Zafirah berceritakan mengenai kisah cinta seorang pelajar Malaysia di Korea bernama SOPHIA SURAYA BT RIDZA ABDUH. Kisah cintanya gadis bertuah ni pasti akan buat korang tersenyum atau mungkin cemburu gile bagi korang yang perempuan. Boleh dikatakan, kisah cinta seperti Sophia hanya satu dalam sejuta, atau mungkin inilah satu buat selama-lamanya. Bertuahnya gadis melayu ni ya?
Sophia Ridza di Malaysia hanya gadis biasa tetapi bukan di Korea. Di sana, Sophia adalah gadis yang gadis yang sebaris dengan selebriti. Sophia Ridza adalah rakyat Malaysia yang telah berada di korea lebih 5 tahun untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang Engineering. Entah bagaimana, Sophia boleh terjebak menjadi seorang panel dalam sebuah rancangan tv di korea bertajuk Chit Chat of Beautiful Ladies. Sebuah rancangan yang mengumpulkan gadis-gadis cantik dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia berceritakan tentang pengalaman mereka dengan kebudayaan yang ada di Korea tetapi yang lebih dibincangkan, adalah mengenai lelaki di Korea. Ianya ada ditayangkan di KBS World, CH 303 Astro setiap Khamis jam 6:10 Petang.





Artis Malaysia




Mungkin perkara ni adalah biasa bagi u’ll yang dah terpesong akidah especially budak KL. Tapi bagi yang masih rasa diri dia tu islam dan takut kepada Allah SWT, paham paham je la kan comolot cium mencium ni tak dibenarkan dalam agama kita. Bukan sahaja agama, malah adat ketimuran kita sendiri tidak merelakan perbuatan ni berlaku di atas tanah jajahannye.. (aiseh, skemanyee)

Bila The Burj Dubai dipanah petir




Semua pun tahu salah satu tanda-tanda kiamat semakin hampir adalah bila manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit bukan? Apa yang pelik dapat kita lihat, orang Islam sendiri yang berlumba-lumba nak bina bangunan tertinggi tu. Tahun 1998 dulu, kita ada KLCC yang gah beberapa tahun sebagai bangunan tertinggi di dunia sebelum dipintas Taipei 101 pada tahun 2004. Kini semua pun tahu Dubai dengan kekayaan sumber asli’nya muncul pula dengan The Burj yang berketinggian lebih 800 meter di mana adalah 2 kali ganda ketinggian KLCC. Kata orang, ketinggiannya yang mencecah awan sehingga dari puncaknya, bumi dapat dilihat berbentuk sfera. Betul ke? Dan ada dua tiga entri khai pasal The Burj sebelum ni.
Semenjak dari pembukaan The Burj pada Disember 2008, The Burj telah beberapa kali dipanah petir. Yang terbaru, kejadian pada 23 March 2009 ini pasti terlekat di jiwa penduduk Dubai bila panahan petir bertalu-talu hampir 30 minit terus menyerang The Burj tanpa henti.

Azharina terbuka berbicara soal hati, Yuni Shara selesa menyimpan rahsia



SETIAP individu menyimpan cerita hidup sendiri. Sebahagian barangkali terbuka untuk berkongsi, manakala sebahagian lagi mahu disimpan sebagai rahsia hati, namun akhir kehidupan setiap insan pasti mendambakan kebahagiaan.

Laluan hidup setiap individu tidak serupa tetapi aturan riwayat juga tidak sentiasa menjanjikan hanya yang manis. Catatan kehidupan dua nama yang mempunyai pengaruh tersendiri, Azharina Azhar dan Yuni Shara juga tidak sentiasa ditemani rona ceria.
Berbeza Azharina yang lebih terbuka dalam berbicara soal hati, barangkali kerana usianya yang masih membara dan menyala dengan tenaga muda, Yuni pula selesa menyimpan rahsia hidupnya sendiri.

Sikap perahsia Yuni pernah dinukilkan teman baiknya iaitu komposer dan penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslaw lewat lagu Sepi yang tepat menggambarkan karakter penyanyi bersuara manja itu.

Pertemuan santai Azharina yang sedang popular dengan lagu Rawan di kediaman dihias cantik sentuhan Inggeris milik penyanyi bertubuh kecil ini di Villa Fatmawati, Lebak Bulus, Jakarta Selatan merungkai sesuatu yang indah untuk dikenang.


Pertemuan kedua yang mengeratkan hubungan dua anak seni dua negara ini juga mengusir segala rasa gelisah dan gundah Azharina yang selesa disapa Nina, apatah lagi Yuni menerima kehadirannya dengan tulus biarpun tidak mengenali dengan dekat.

“Saya berasa begitu dihargai, malah Yuni juga membuat saya selesa dengan sikapnya yang peramah dan ceria hingga saya tidak kekok biarpun itu kali pertama saya mengunjungi kediamannya.

“Awalnya saya berasa agak gusar, malah tertanya sendiri bagaimana penerimaan artis besar sepertinya namun kedekatan Bill Bora dengan Yuni melenyapkan segala perasaan itu.

“Satu peluang yang cukup berharga tambahan pula Yuni ialah antara penyanyi luar yang saya kagumi kerana pengalaman serta kematangannya hingga mampu bertahan dalam industri sehingga hari ini,” kata Azharina.

Aktres seksi Itali kalahkan Angelina Jolie

MELBOURNE: Satu daripada soalan cepumas di kalangan peminat seni ialah siapa yang memiliki bibir paling menawan, Angelina Jolie atau Scarlett Johannson dan ia akhirnya terjawab dengan bantuan analisis saintifik.

Pemenangnya adalah aktres Itali dan model, Monica Belluci (gambar) yang mendapat markah sempurna untuk 'daya tarikan bibir.'
Seorang pakar biometrik Amerika Syarikat membangunkan perisian membaca bibir yang menggunakan formula saintifik untuk memberi kadar skala sehingga 10 mata terhadap daya tarikan bibir terbaik.

Perisian Daya Tarikan Bibir Baileys adalah hasil ciptaan pakar bibir, Dr Kendra Schmid. Formula ciptaan beliau menganalisis bibir termasuk saiz, kemontokan, tekstur, warna dan bentuk.

Walaupun Jolie dan Johansson mendapat markah tinggi dalam senarai teratas bibir seksi pada peringkat global, Belluci yang menduduki tempat pertama.

Bellucci mendapat markah 10 bagi bibir yang 'penuh, licin dan mempunyai perkadaran sama rata supaya bukaan bibirnya adalah dua pertiga daripada lebarnya.'

Johannson mendapat markah kedua dengan 9.66; Halle Berry ketiga dengan 9.61; Beyonce Knowles mendapat markah 8.65, manakala Angelina Jolie di tempat kelima dengan 7.89.

Ia adalah yang pertama di dunia menggunakan kaedah biometrik, menggunakan formula yang secara objektifnya memberi markah kepada bibir menurut ciri-ciri seperti saiz, bentuk, tekstur dan warna," lapor laman web akhbar Australia, The News, memetik Schmid sebagai berkata.

Bellucci yang terkenal dengan gaya seksinya awal bulan ini memenangi trofi 'Aktres Terbaik Dunia' pada majlis Anugerah Wanita Dunia 2009 di Vienna. - Agensi