MELBOURNE: Satu daripada soalan cepumas di kalangan peminat seni ialah siapa yang memiliki bibir paling menawan, Angelina Jolie atau Scarlett Johannson dan ia akhirnya terjawab dengan bantuan analisis saintifik.
Pemenangnya adalah aktres Itali dan model, Monica Belluci (gambar) yang mendapat markah sempurna untuk 'daya tarikan bibir.'
Seorang pakar biometrik Amerika Syarikat membangunkan perisian membaca bibir yang menggunakan formula saintifik untuk memberi kadar skala sehingga 10 mata terhadap daya tarikan bibir terbaik.
Perisian Daya Tarikan Bibir Baileys adalah hasil ciptaan pakar bibir, Dr Kendra Schmid. Formula ciptaan beliau menganalisis bibir termasuk saiz, kemontokan, tekstur, warna dan bentuk.
Walaupun Jolie dan Johansson mendapat markah tinggi dalam senarai teratas bibir seksi pada peringkat global, Belluci yang menduduki tempat pertama.
Bellucci mendapat markah 10 bagi bibir yang 'penuh, licin dan mempunyai perkadaran sama rata supaya bukaan bibirnya adalah dua pertiga daripada lebarnya.'
Johannson mendapat markah kedua dengan 9.66; Halle Berry ketiga dengan 9.61; Beyonce Knowles mendapat markah 8.65, manakala Angelina Jolie di tempat kelima dengan 7.89.
Ia adalah yang pertama di dunia menggunakan kaedah biometrik, menggunakan formula yang secara objektifnya memberi markah kepada bibir menurut ciri-ciri seperti saiz, bentuk, tekstur dan warna," lapor laman web akhbar Australia, The News, memetik Schmid sebagai berkata.
Bellucci yang terkenal dengan gaya seksinya awal bulan ini memenangi trofi 'Aktres Terbaik Dunia' pada majlis Anugerah Wanita Dunia 2009 di Vienna. - Agensi
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
10 years ago
No comments:
Post a Comment