Meskipun selama ini Datuk Siti Nurhaliza hanya mengenali Tuan Guru Nik Aziz melalui media masa sahaja tanpa bertemu secara dekat, akhirnya harapan Artis popular itu untuk bertemu dua mata tercapai juga.
Pertemuan tersebut telah diadakan di Pejabat Menteri Besar di Kelantan dan berlangsung kira-kira setengah jam. Turut hadir ialah suaminya, Dato' Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan 'Dato' K'.
"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.
"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi. Malah beliau juga seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama," jelas Siti dipetik sebagai berkata.
No comments:
Post a Comment