Semua pun tahu salah satu tanda-tanda kiamat semakin hampir adalah bila manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit bukan? Apa yang pelik dapat kita lihat, orang Islam sendiri yang berlumba-lumba nak bina bangunan tertinggi tu. Tahun 1998 dulu, kita ada KLCC yang gah beberapa tahun sebagai bangunan tertinggi di dunia sebelum dipintas Taipei 101 pada tahun 2004. Kini semua pun tahu Dubai dengan kekayaan sumber asli’nya muncul pula dengan The Burj yang berketinggian lebih 800 meter di mana adalah 2 kali ganda ketinggian KLCC. Kata orang, ketinggiannya yang mencecah awan sehingga dari puncaknya, bumi dapat dilihat berbentuk sfera. Betul ke? Dan ada dua tiga entri khai pasal The Burj sebelum ni.
Semenjak dari pembukaan The Burj pada Disember 2008, The Burj telah beberapa kali dipanah petir. Yang terbaru, kejadian pada 23 March 2009 ini pasti terlekat di jiwa penduduk Dubai bila panahan petir bertalu-talu hampir 30 minit terus menyerang The Burj tanpa henti.
No comments:
Post a Comment